TEMUDUGA/ INTERVIEW : UiTM Diploma Art and Design


Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk entry pertama dalam blog ni, pidot nak share pengalaman pidot sewaktu interview/ temuduga untuk diploma course Art and Design di UitM pada tahun 2019 (tapi part yang pidot ingat je la). Sekarang sis baru diploma sem ke 2.

First sekali, korang boleh apply untuk course ni melalui UPU Online, and kalau korang perasan, sesetengah course dia letak tanda * kat hujung nama course tu, which means COURSE TERSEBUT ADA INTERVIEW yeayyyyy intervieww hahahaha (waktu sis dah nak iv dulu baru sis perasan sebab kawan yang bagitau hahaahahaha nasib baik).

Okay, so apa yang korang perlu tau dan sedia sebelum menghadap interview ni?

1. Pastikan peka terhadap lokasi dan masa dalam surat twaran temuduga dulu. Dulu pidot dapat iv kat UiTM Puncak Alam Selangor, sesi pagi pukul 8 camtu
2. Make sure semua dokumen yang diminta lengkap serta dah disahkan, segala salinan ic, surat beranak, result spm, sijil2 semua. 
3. BAWA ARTWORK KORANG SEKALI sebab nanti ada interview face to face dengan lect2. Nanti pidot terang lebih detail pasal ni.
4. Nanti ada 2 sesi, satu sesi melukis, satu lagi sesi interview.
5. Doa banyak2 ha ikhtiar sekali hahahha
6. Pakaian seperti garis panduan lah ye, formal, baju kemeja baju kurung semua.


Okay now pidot akan cerita experience pidot pula sepanjang interview

Pidot gerak dari rumah memang awal pagi jugaklah, ditemani parents and family (paling excited sebab pidot paling nak sambung course ni)
Pastu bila korang datang, expect la memang akan ada ramai sangat orang, adalah menunggu beberapa lama gak, sebab at the same time ada iv untuk course senibina (something like that la)

Then dia suruh kitorang beratur, then ikut je la orang tu suruh pergi bilik mana untuk sesi UJIAN HAAAA NAK MASUK COURSE SENI PUN KENA ADA UJIAN TAU tapi macam korang dapat agak la ujian melukis sebenarnya, dalam bilik tu dia akan letak satu 'setting' untuk korang lukis, mcm still-life la. MASA YANG DIBERI adalah 45 MINIT (kalau tak silap). sebelum tu ada lect ni dia briefing kat kitorang bagai pasal mcm2 la, dia tanya ada yg xpernah melukis ke tak, dia bgitau sikit2 pasal course2 dalam AD (art and Design) ni.


Inilah 'setting' yang pidot lukis waktu tu


(terima kasih kepada kakak kerana mengabdikan lukisan saya didalam FBnya hahahaha)

Haaa jadi dalam masa 45 minit tu buatlah sehabis baik yang korang boleh. Pidot waktu ni kurang bernasib baik lah sikit sebab dapat tempat duduk paling belakang sekali, terhalang dengan kepala2 orang lain, memang pidot berdiri je sepanjang melukis like i don't care xD . Pastu lukisan ni korang kena bawa sekali utk iv seterusnya.

Waktu sesi kedua ni lah pidot baru dapat tau ada BANYAK PILIHAN COURSE DALAM ART AND DESIGN (dia ada bagi sehelai kertas utk kita pilih dan isikan borang tu), tak silap semuanya ada 9. Yang pidot ingat Grafik design, Percetakan, Seni Halus, Logam halus (kot), Seramik, Fotografi, Industrial design, Tekstile, Fashion design, pidot tak ingat lah yang lain. Takpe nanti korang boleh search and fikir masak2. Graphic design la yang paling hot sekali and paling banyak saingan. Btw course2 ni pun korang kena ikut susunan yang paling acceptable and yg paling tak minat, sebab nnti dia akan kasi ikut turutan tu jugak, contoh yang pertama xdapat, dia akan kasi pilihan kedua korang lak, ikut rezeki la.


Experience pidot waktu sesi kedua ni, ada ramai2 calon dalam satu bilik, then dalam tu ad 6 ke 7 meja dgn ivwer sekali, ikut giliran la.

Waktu iv tu, benda first yang dia tengok is result SPM korang. Ceritanya, pidot dipandang pelik oleh lecturer tersebut, dia mula2 mcm wow la tapi tanyalah kenapa ambik course ni, kenapa bukan acc ke, aliran agama ke, so pidot jawablah yang pidot memang minat. Lepastu dia tanya soalan yang pidot takleh jawab 

"awak belajar sekolah agama kan, ada tak awak belajar perkaitan seni dengan Islam ni mcm mana?" 

fuhhhh tak tipu beb aku tak reti jawab, takdelah tergagap sangat cuma jujur je la tak tau nak jawab mcm mana, and pidot bagitau je la pidot belajar syariah, Quran Sunnah semua tu takde cakap apa2 pasal seni. (but don't worry guys now I know how seni and Islam is correlated since we will learn about it this semester)


 and btw I have no art background or whatever, kat sek men wktu form 5 baru amik seni sebab pidot ingat kalau xamik SPM subjek PSV takleh apply utk course uitm ni xD (and yeah turns out rupanya takde pun boleh apply huhu)

Then dia suruh tunjuk artwork (pidot tunjuk projek folio seni pidot waktu form5 tu la) pidot bawak artwork lain tapi tak menyempat nak tunjuk. Tadi pidot kata nk citer lebih detail kan pasal ni? okay so basically, korang sebaik2nya bawa artwork berkaitan dengan course yang korang nak. Contoh fashion design, bawaklah rekaan2 korang tu, kalau photography, bawaklah contoh2 hasil fotografi korang, kalau yang lain2 pidot tak pasti lah. And iv ni basically bergantung kat ivwer dia nak tanya banyak soalan ke, dia nak tanya lebih2 ke, nasib jugaklah. And pidot pun xpasti dia nk dalam bi ke bm sebab dengan pidot mula2 je eng sikit lama2 cakap bm je terus xD. Tapi serius cakap korang buat lah research pasal apa yang korang nak, 5W1H pasal bidang tu, pidot pun sebelum tu dah ready nak jawab soalan tapi dah dia tiba2 kasi soalan islam dengan art tu takleh nak buat apa lah huhu.

Then buat ujian Buta Warna then dah habis.

Ouh and dokumen2 yang korang bawak tu nanti ada time dia suruh bagi so korang takyah pening2 la, keyword iv ni 'follow the flow' je.

All in all, lepas iv tu terus pidot sedih and nangis sebab tak dapat nak jawab soalan interviewer tadi x'D sumpah down teruk weh dahlah esok pidot ada iv utk TESL pulak. Sampai pidot rasa taknak pergi, tapi pidot ambik kekuatan and pergi iv TESL tu pulak esoknya. (pidot actually lepas bidang seni, pidot minat English pulak) so turns out TESL tu pun ada interview, sama kes mcm AD mula2 xtau pun ada iv Hahahahaha.

Ouh sambil2 tunggu giliran apa semua rajin2 lah tegur orang2 sekeliling anda, mana tau nanti jodoh kuat terjumpa sama U? Boleh tambah kenalan juga hehehe.

So pidot pilih apa? Pidot akhirnya mengambil langkah menceburi bidang Fine Arts, Allhamdulillah dapat pilihan pertama waktu tngok result UPU tu (malu je kan ngan family hat nangis tu hhahahaa). So sekarang pidot belajar kat UiTM Kampus Alor Gajah Melaka~~

Okay so next entry maybe pidot akan cerita Sem 1 (especially Fine Art) ni belajar apa. Okay so see you soon dear blog and readers, Assalamualaikum wbt

Comments

  1. im sorry , but do you have any social media or email? i really want to ask you something about this course.

    ReplyDelete
  2. Hi how long does it takes until the interview result comes out?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hello There, Again. It Has Been Too Long- Life Update 24th May 2023

Diploma Fine Arts: Sem 1 aka Part 1 (Uitm Lendu Melaka)